Thursday 28 May 2015

Posted by Admin Bijak | 07:24 | No comments

Mia Ahmad 
atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27 tahun, berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hati Perempuan adalah cerita tidak benar. 

Mia berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.


"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, terdapat blog tempatan yang mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.


Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.

Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.

Mia juga mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.

Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.
Sumber: www.mstar.com.my/mia-ahmad

Biodata Mia Ahmad


Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

Sumber : http://www.mysumber.com/biodata-mia-ahmad

Koleksi Gambar Mia Ahmad





Wednesday 27 May 2015

Posted by Admin Bijak | 21:57 | No comments

Perkongsian, dari aku yang lemah.
[ sebab raaaaamai sangat yang tanya kisahnya ]
Di Mesir.
Selepas mendapat tahu akan ‘surprise’ kembar yang Allah berikan, aku dan suami begitu gembira, bahagia di atas hadiah ini. Aku tahu, terlalu ramai mereka di luar sana yang menginginkan anak kembar. Dan aku dipilih Allah untuk membawa 2 janin di dalam 1 rahim. Tika itu, sangat merasakan betapa sayangnya Allah pada hamba dia dengan memberikan banyak nikmat, sedangkan dosa kita terlalu banyak dan merasakan tidak layak untuk menerima anugerah tersebut. Aku dan suami kembali bermuhasabah diatas apa yang Allah berikan. Sujud syukur dan air mata mengiringi, tanda syukur pada yang Esa.
Dipendekkan cerita, atas beberapa sebab keadaan dunia perubatan di Mesir, kami mengambil keputusan untuk aku pulang ke Malaysia dalam memberikan yang terbaik buat bayi yang dikandung. Walaupun mengetahui berjauhan itu sangat perit bagi mereka yang telah berkahwin. Namun, apa lagi yang lebih berharga selain dua anak di dalam perut ini. Maka kami teruskan. Sikap ‘percaya’ antara satu sama lain kami terapkan sepanjang berjauhan. Siapa yang tidak sedih, melalui fasa perjalanan mengandung dalam keadaan suami jauh. Namun, dicekalkan hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi sedikit supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi hari. Mengandung anak kembar bagiku, sangat tabah dan perlu kuat untuk menghadapinya. Ibu-ibu yang mengandung kembar, pasti tahu.
Maka hari demi hari diteruskan seperti biasa, bergilir bulan disisi keluarga mertua dan keluarga sendiri, menanti kepulangan suamiku yang sepatutnya pulang pada minggu ke 33 kehamilan. Ketika kandunganku berusia 29 minggu, takdir Allah menentukan untuk aku bersalin pada waktu ini. Aku sudah mula merasakan sakit-sakit hendak bersalin. Waktu ini, aku berdoa agar anak yang di dalam kandungan masih dapat bertahan untuk tidak keluar sehingga ‘due’ yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya sehingga kepulangan suami yang berbaki 4 minggu. Namun, aku harus bersedia bila-bila masa sahaja untuk bersalin, dan harus kuat semangat untuk melahirkan anak sulung dalam keadaan suami tiada di sisi.
Alhamdulillah aku selamat melahirkan dua puteri kembar usai azan subuh berkumandang pada 11 Mei 2015. Semua terlalu pantas. Suami tidak sempat untuk pulang kerana masih ada tugas. Kami namakan Maryam Farihah untuk si kakak dan Marsya Farihah untuk si adik.
Selepas bersalin, kedua bayi terus dimasukkan ke dalam NICU untuk dipantau rapi di atas sebab kelahiran yang sedikit awal. Sepanjang Maryam dan Marsya di hospital, aku berulang alik ke hospital untuk melihat bayi seorang diri dalam keadaan masih berpantang. Sangat respect akan ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak-anak premie. Dalam keadaan diri sendiri sakit-sakit, tetapi tetap melihat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu pada anaknya.
Sehinggalah ditakdirkan pada hari yang ke 14, (Ahad, 24 Mei 2015), anak pertamaku Maryam Farihah perlahan-lahan pergi meninggalkan aku. Kata doktor, ada infection dalam darah dan menyebabkan kegagalan oxygen bergerak dengan baik. Aku pun kurang tahu kaitannya, mungkin juga salah faham. Apa pun, aku menjadi saksi semuanya. Subuh dia keluar ke dunia, dan kembalinya juga kepada pencipta pada waktu subuh ditemani hujan rintik-rintik hujan mengiringi pemergian puteri pertama kesayangan kami. Alhamdulillah, aku tenang. Hanya memikirkan suamiku, babanya yang masih belum sempat melihat dan memegang anaknya di depan mata, namun sudah pergi untuk selama-lamanya.. Perginya ke Syurga. Bahagia di sana, sedang bergembira di Syurga.

Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu dari rahimku, dan menjadi mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman buat kami. Engkau ya Allah yang berhak untuk mengambilnya kembali. Sesuai dengan namanya Maryam, sebagaimana kisah di dalam Al-Quran bersalin bersendirian. Begitu juga denganku yang bersalin bersendirian. Engkau setabah ‘Maryam’. Farihah, yang bermaksud kegembiraan, gembiranya engkau di Syurga menemui Allah azza wa jalla.
Kehadiran kedua puteriku membuatkan kami berdua kembali berfikir dan terus berfikir akan hikmah yang Allah berikan semua ini. Episod demi episod datang dan terus datang ke dalam hidup kami. Tidak sempat suamiku melihat perutku yang memboyot-boyot, menemaniku ketika bersalin, melihat dan memegang anaknya, dan kini Engkau memanggil Maryam untuk pulang. Suamiku sangat redha, dan dia sangat tenang dan bersangka baik dengan Allah.
Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan seminggu aku mengandungnya, melihatnya keluar dari perutku, melihat badannya penuh dengan wire di sana sini, memegang jemarinya di nicu, bersembang-sembang, bercerita dengannya, memberi semangat, bernyanyi dan berdoa di depannya, dan membawa jenazah pulang ke rumah. Pertama kali dapat memegangnya, mengucup, meribanya, dan memeluknya di saat jasadnya sudah tidak bernyawa. Namun aku bahagia masih sempat berpeluang menikmati semua itu. Dan Alhamdulillah juga berpeluang untuk memandikan sendiri jenazah anakku itu.
Maryam sangat cantik, sangat bersih, sangat tenang wajahmu sayang. Pasti sudah terbayangkan Syurga yang bakal kau jejaki.
Kehadiranmu membuatkan kami semakin mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih sayang. Aku tahu, ujian itu akan terus datang. Yakin dan percaya pada Allah, nescaya kita akan tenang.
Ayat 11, dari Surah At-Taghabun ( Sila bangun dan cari Quran terjemahan! Atau google!) sangat menjadi motivasi buatku. Semalam terfikir-fikir. Ya Allah, teringinnya untuk aku mati syahid. Aku takut, kematianku bila-bila masa sahaja. Tapi amalku masih belum cukup.
Terima kasih Maryam Farihah, engkau menganugerahkan pengalaman yang berharga buat mama. Terlalu manis. Dan pastinya suamiku yang banyak mendidik dan memberi semangat untuk aku menghadapi semua ini.
Sekarang bila rindu Maryam, cepat-cepat bayangkan dia yang sedang bermain dan berseronok di Syurga. Main lari-lari ke hehe, macam-macam nikmat ada. Sungguh, tak tergambar ketenangan dan kebahagiaan ini setelah apa yang berlaku.
“Kita tak ada apa nak serah pada Allah. Apatah lagi nak berjanji beri ketaatan kalau anak sembuh. Allah tak perlu apa-apa dari kita. Kita yang perlu taat pada Allah. Ketaatan bukan kalau Maryam sembuh je. Apa pun jadi pada Maryam, ketaatan pada Allah tetap kena beri. Kalau lah doa penuh perasaan dan tangisan tu dah cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya semua rakyat palestin, rohingya, mangsa banjir dan lain-lain dah terkabul hajatnya. Tangisan kebergantungan mereka pada Allah jauh lebih kuat berbanding kita. Ada benda lain yang Allah nak dari kita. Percaya dan cinta sepenuh perasaan. Allah nak bagi syurga. Kita serahkan Maryam pada Allah” – Nasihat dari encik suami yang cukup menenangkan. Ahhh~.
Kembarnya, Marsya Farihah masih sedang berjuang lagi di nicu. Hari ini cukup 16 hari. Doakan.
P/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan, mendapat puluhan ribu doa dan ucapan. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik
Mama baba sayang Maryam. Tapi sayang Allah pada Maryam melebihi sayang mama baba pada Maryam :’)
Posted by Admin Bijak | 21:23 | No comments


Gadis remaja di China menjadi bualan hangat di laman sosial setelah melakukan pembedahan plastik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya.

Lee Hee Danae yang berusia 15 tahun telah mengubah dirinya menjadi anak patung Barbie hidup untuk merealisasikan hasratnya.

Dia dikatakan melakukan pembedahan bagi mencantikkan lagi bahagian rahang, dagu dan matanya.

Remaja ini berasal dari wilayah Henan, kini mempunyai 400.000 pengikut di akaun Weibo, media sosial di Tiongkok, dan mengaku dia merupakan remaja kelahiran Mei 1999.

Usaha Lee ini tidak dapat dipastikan lagi membuahkan hasil sama ada bekas teman lelakinya mahu kembali ke pangkuannya atau pun tidak, namun ramai pengikut di laman berkenaan memberi komen yang Lee "terlalu cantik untuk dipandang."

Sebahagian pengikutnya mengibaratkan Lee seperti 'semangat ular' yang merupakan sebuah kisah legenda rakyat China.

Pembedahan plastik, khususnya pembedahan pada bahagian kelopak mata dan rhinoplasty sangat popular di negara China.

Pembedahan untuk membuat struktur wajah kelihatan tirus merupakan lambang kecantikan wanita di negara itu.



Posted by Admin Bijak | 21:03 | No comments
Pelancong sangat meminati restoran yang mempunyai tema unik dan pelik. Ini kerana mereka ingin menikmati percutian yang lebih menarik serta luar biasa.

Kadang kala terfikir juga bagaimana pemilik restoran boleh memilih seni bina yang unik serta pelik sebegini. Makanan sedap atau tidak akan ditentukan kemudian.

1-Restoran New Lucky, India




Restoran New Lucky di India dibina di atas tanah perkuburan Islam dan yang paling mengejutkan, pemilik restoran ini mengatakan keranda sebenar itu menjadi aset penting dalam memajukan perniagaannya.

Restoran di pusat bandar Ahmedabad ini terkenal dengan hidangan teh susu dan roti gulung mentega. Antara ciri unik restoran ini ialah mempunyai kubur di antara meja.

2-Huashan Teahouse, China



Terletak di atas puncak Gunung Hua. Huashan Teahouse ini merupakan kuil Buddha dan Daoist yang menawarkan makanan secara percuma kepada sesiapa yang berani mendaki hingga ke restoran ini. Gunung Hua merupakan salah satu laluan mendaki yang paling berbahaya di dunia.

3-Lainio Snow village Ice


Restoran ini dibina dengan salji dan ais dan hanya dibuka pada musim sejuk. 


4-Dinner in the Sky, Brussels




Restoran ini akan diangkat setinggi 150 kaki sebelum anda menjamu selera. Dengan tiupan angin dan pandangan indah, anda dapat menikmati pengalaman menjamu selera yang sangat menarik dan unik.

5-Dans le Noir, United Kingdom

Restoran Dans le Noir boleh menjadikan anda makan seperti dalam mimpi.

Suasana yang gelap gelita memberi peluang untuk menjamu selera tanpa melihat rupa makanan yang dihidangkan atau pelayan restoran tersebut.






Tuesday 19 May 2015

Posted by Admin Bijak | 20:59 | No comments
(Skirt pelanggan wanita diukur oleh kakitangan restoran. sumber: www.sina.com)

Semakin pendek skirt atau pakaian mereka, semakin banyak diskaun yang dapat. Kalau ada yang nak cuba, boleh pergi  Restoran Hotpot di wilayah Shandong China. Sebelum tu fikir dulu dosa pahala. hehe.

Shanghaiist melaporkan, diskaun yang ditawarkan adalah bermula 20% hingga 90% kepada wanita yang berpakaian mendedahkan skirt.

Pelanggan akan mendapat diskaun 20% sekirannya skirt 8cm daripada lutut. Manakala diskaun maksimum 90% akan diberikan kepada skirt mini iaitu 33cm di atas lutut.

Pelanggan wanita juga perlu membenarkan kakitangan untuk mengukur kaki mereka dengan pita pengukur di khalayak ramai.

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di China. Shanghaiist melaporkan pada bulan Januari 2015 sebuah Restoran Hotpot di Zhengzhou, China telah menyebabkan satu kontroversi dengan memberi pelanggan cantik makan secara percuma atau lebih dikenali sebagai "pay by face".

Restoran ini telah memasang satu pengimbas muka untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar muka mereka dan menghantar kepada kakitangan restoran untuk mendapatkan kelulusan makan secara percuma.



Monday 18 May 2015

Posted by Admin Bijak | 22:12 | No comments
Ketum ni benda yang mengkhayalkan. Mungkin ramai lagi yang belum kenal ketum. Sebenarnya ketum dikenali dengan nama lain iaitu pokok biak. Pokok ketum sangat banyak di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Orang Thailand sebut Kakuam, Ithang atau Thom. Orang tua-tua atau nenek moyang kita menggunakan daun ketum sebagai rawatan perubatan tradisional. Antaranya ialah sebagai pemulih tenaga bagi wanita selepas bersalin, mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang. Tapi malangnya hari ini daun ketum disalahgunakan oleh segelintir masyarakat kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.

Penagih ketum akan mendapat kesan yang buruk iaitu susut berat badan, insomnia, bibir kering, sembelit dan kesan lebam atau terbakar di muka. Fatwa pengharaman air daun ketum sudah lama dikeluarkan.


Susu pula benda yang menyedapkan. Kalau pergi kedai mamak, mesti dengar orang order minuman yang ada susu. Contohnya teh tarik, milo tarik, carrot susu dan lain2 lagi yang ada susu. Tapi ketum susu tak pernah dengar kan? sebabnya ketum susu hanya nama blog. Harap lepas ni ramai yang ketagih nak baca content dalam blog ni. haha.

ketum=ketagih 
susu= sedap

(Daun Ketum atau nama botaninya Mitragyna speciosa korth)





(wow...ketum susu)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter