Saturday 14 November 2015

Posted by Admin Bijak | 16:34 | No comments

Wanita beranggapan bahawa lelaki hanya terpikat pada wanita disebabkan paras rupa yang menawan. Tanggapan itu salah sebenarnya. Lelaki lebih terpikat pada wanita yang memiliki budi pekerti yang baik serta pandai menjaga tutur kata. Kecantikan itu hanyalah satu bonus buat lelaki.

Terdapat beberapa rahsia membuatkan lelaki idaman jatuh hati pada anda :-

1-  Jangan tunjuk yang anda terlalu terdesak untuk dapatkan si dia
   
 Lelaki sangat sukar menghargai benda yang mudah didapati. Semakin sukar mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan mereka ingin mendapatkannya. Jadi, anda cubalah jadi yang sederhana.

2- Jaga pertuturan anda 

Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan bersopan-santun lebih-lebih lagi terhadap orang yang lebih tua daripada anda.

3- Jaga penampilan diri

Penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan, lelaki sudah bijak membuat tafsiran serta andaian terhadap perangai anda. Mekap itu penting, tapi cukup lah dengan ada kadar. Tidak perlu mekap tebal.

4- Tunjukkan sifat penyayang terhadap kanak-kanak

Lelaki sangat tertarik kepada wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang terhadap kanak-kanak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada kanak-kanak sebenarnya adalah seorang bakal ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

5- Berikan si dia merasai makanan anda

Sekali sekala anda ambil sedikit masa untuk memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar. Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. Anda juga boleh memberi makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan?

6- Jangan terlalu mengongkong

Anda mesti sedar yang anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Saya yakin, perasaan cemburu tu mesti lah ada kalau si dia keluar dengan perempuan lain. Tapi janganlah anda melarang si dia. Mungkin si dia keluar atas urusan kerja. Kalau anda dah berkahwin kelak, anda tetap tidak boleh mengongkong si dia. Sebenarnya, lelaki cepat rimas jika wanita cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia lakukan.

7- Hantar sedikit signal yang anda mencintai dia

Kadang-kadang lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita. Mereka pun sama sahaja macam perempuan, tidak mahu cinta bertepuk sebelah tangan. Tidak salah sekiranya anda memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa anda meminatinya. Jangan risau, istilah perigi mencari timba sudah tidak boleh dipakai pada zaman sekarang. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter