Friday 12 June 2015

Posted by Admin Bijak | 23:10 | No comments


Ahli Fizik terkemuka, Stephen Hawking menyatakan kesediaannya untuk menamatkan hayatnya melalui satu prosedur yang dipanggil assisted suicide.

Hawking menyatakan demikian selepas mengecam undang-undang sedia ada yang melarang prosedur seumpama itu bagi mereka yang menderita penyakit yang serius dan boleh membawa maut.

Pun begitu, kata Hawking, beliau akan rasa kecewa jika terpaksa berbuat demikian dalam keadaan beliau masih boleh menyumbangkan idea dan pemikirannya pada dunia.

"Jika saya sakit tenat, sudah tidak mampu memberi sumbangan dan hanya menyusahkan orang lain, saya tidak keberatan untuk melakukannya," kata Hawking.

Assisted suicide merujuk kepada satu prosedur menamatkan riwayat seseorang dengan bantuan pengamal perubatan.

Dalam temuramah dengan personaliti TV, Dara O'Briain itu, Hawking turut memaklumkan beliau sering merasa sunyi kerana ramai orang takut untuk berbual dengannya, di samping rasa rindunya untuk berenang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kosmologi Teoritikal, Universiti Cambridge itu menghidap sejenis penyakit motor neuron yang dikenali sebagai Lou Gehrig's Disease, yang menyebabkannya lumpuh.

Sumber: AstroAwani


Stephen Hawking & Isterinya pada tahun 1965

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter