Thursday 11 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:52 | No comments
Marble Shortbread Cookies - Black and White Marble


Bahan A
250gm mentega
150gm gula kaster
2 tsp coffee emulco

Bahan B
330gm tepung gandum
40gm susu tepung
10gm serbuk koko
50gm nestum di kisar halus
60gm serbuk badam

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Corak Marble Hitam
230gm coklat masakan hitam
20gm coco butter
50gm coklat masakan putih

Corak Marble Putih
250gm coklat masakan putih
50gm coklat masakan hitam

Cara-cara : 
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yg lembut.
2.  Ambil 600gm adunan, ratakan di dalam loyang yang di alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" terkeluar dari loyang dan tekan padat ke dalam loyang kemudian cucuk atasnya dengan garfu. Letak cutter di atasnya dan tekan sampai ke dasar.
3. Bakar pada 160C selama 40 min atau hingga masak. Biar sejuk dan keluarkan cutter.
4. Cairkan coklat masakan hitam secara double boiler, masukkan coco butter, gaul rata atau (coklat masakan putih). Tuang keatas biskut dan ratakan.
4. Cairkan coklat masakan putih atau (hitam) secara double boil atau di dalam microwave, biarkan suam sedikit masukkan ke dalam piping bag dan picit memanjang di atas coklat masakan hitam. Ambil lidi dan lorekkan dengan bentuk marble. Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.
5. Keluarkan cutter dan simpan di dalam bekas kedap udara.

**** Untuk corak marble putih tak perlu di masukkan coco butter.  Buat seperti corak marble hitam.  Pilih salah satu ...

Jika adunan agak kering, tambah sedikit mentega dan uli semula.

Sumber: http://resipicitarasawan.blogspot.com

Marble Hitam
Marble Putih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter