Tuesday 16 June 2015

Posted by Admin Bijak | 14:01 | No comments

Mempunyai lutut yang hitam pasti menjadi masalah bagi setiap orang, lebih-lebih lagi kaum wanita. Sebenarnya punya utama yang menyebabkan lutut hitam ialah kerana kulit kering dan sering berlaku geseran. Bagi anda yang memiliki lutut hitam, jangan bimbang kerana terdapat tips untuk anda iaitu cara memutihkan lutut dengan bahan yang ada di dapur anda.

1.Bawang merah dan bawang putih



Bawang merah dan bawang putih bukan hanya digunakan sebagai bahan masakan sahaja. Tetapi kita boleh manfaatkan untuk memutihkan lutut kita yang hitam. Caranya ialah dengan memotong bawang putih dan bawang merah kemudian sapukan pada kulit lutut selama 10 hingga 15 minit.

2. Yogurt dan Almond



Yogurt dan Almond juga sangat bermanfaat untuk merawat kulit termasuk memutihkan lutut, caranya ialah dengan menyediakan 10 almond dan giling kemudian masukan dua sudu makan yogurt. Adukkan sampai sebati, lalu sapu rata pada bahagian lutut. Biar selama 15 hingga 20 minit. Untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan, lakukan cara ini dua kali dalam seminggu.

3. Minyak zaitun



Seperti yang kita  ketahui, salah satu penyebab lutut hitam adalah kulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan bahagian kulit lutut yang kering. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu.

4. Oatmeal



Oatmeal Scrub juga dapat merawat kulit kita agar nampak lebih cerah, termasuk untuk mencerahkan bagian lutut juga. Cara penggunanaanya ialah dengan 2 sudu makan oatmeal di campur dengan sudu teh krim segar dan juga sedikit madu. Kemudian sapukan ramuan tersebut pada lutut dan biar selama 5 minit.

5. Lemon dan Madu


Buah Lemon boleh kita manfaatkan untuk memutihkan lutut, dengan mencampurkan madu dengan perahan air lemon tersebut, kemudian sapu pada bagian lutut secara merata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Anda juga boleh menggunakan tips ini dengan menyapu pada bahagian lain yang hitam termasuk pada bahagian siku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter